MANGSA BULI DAN KESAN BULI ddms usim edu my

Mangsa Buli Dan Kesan Buli Ddms Usim Edu My-PDF Download

  • Date:16 Dec 2019
  • Views:37
  • Downloads:0
  • Pages:16
  • Size:493.20 KB

Share Pdf : Mangsa Buli Dan Kesan Buli Ddms Usim Edu My

Download and Preview : Mangsa Buli Dan Kesan Buli Ddms Usim Edu My


Report CopyRight/DMCA Form For : Mangsa Buli Dan Kesan Buli Ddms Usim Edu My


Description:

Mangsa Buli dan Kesan Buli 113 mensasarkan wajah fizikal mereka seperti mukanya macam betik pendek sombong atau gagap Keadaan fizikal yang ada pada diri mangsa buli telah menjadi sasaran oleh pembuli untuk membuli Azizi Yahya Jamaludin Ramli Abdul Latif Ahmad dan Zurhana Muhamad

Transcription:

Journal al Abqari Vol 11 2017, Artikel ini memfokuskan konsep buli kesan buli kepada mangsa buli. pada jangka masa panjang dan pendek Buli merupakan satu tingkah laku. dominasi yang dilakukan berulang kali secara psikologi atau fizikal. daripada seorang atau kumpulan yang lebih berkuasa kepada seseorang. yang kurang kuasa Mangsa buli selalunya mempunyai ciri ciri tertentu. yang menyebabkan mereka mudah bagi pembuli mengesan dan bertindak. membuli mereka Selalunya mangsa merupakan seorang yang sentiasa. merasa cemas tidak selamat terlalu berhati hati mempunyai harga diri. yang rendah dan tidak berupaya membela diri sendiri apabila dikasari. Tingkah laku buli memberi impak kepada mangsa buli dari segi fizikal. emosi dan mental atau psikologikal dalam jangka masa pendek dan. panjang Kesan jangka pendek seperti sedih tertekan tidak berdaya. berasa sendirian dan malu Kesan jangka masa panjang pula ialah tahap. kesihatan mental yang bercelaru kemurungan dan gangguan emosi yang. berpanjangan sehingga dewasa Para kaunselor perlu memandang berat. permasalahan buli dan sentiasa mencari kaedah yang perlu dan sesuai. dalam menghadapi masalah buli Hal ini demikian kerana tingkah laku. buli memberi kesan kepada proses pembelajaran dan pengajaran di. Kata kunci buli mangsa buli kesan jangka panjang kesan jangka. pendek kesan buli,PENDAHULUAN, Malaysia sebagai sebuah negara yang membangun sentiasa menaruh. harapan kepada modal insan yang sedang dididik dan dilatih Kualiti. insan yang bakal menyambung dan memastikan kejayaan serta kemajuan. negara sangat dipandang berat Dalam pengagihan belanjawan negara. Malaysia telah memperuntukkan jumlah yang begitu besar setiap tahun. kepada usaha mendidik dan membangunkan modal insan ini Bajet 2016. Malaysia telah memperuntukkan sebanyak 41 3 bilion untuk pendidikan. rendah dan menengah bagi tujuan membangunkan modal insan dan. pendidikan negara Bajet Negara 2016 Tugas murni membangunkan. modal insan ini pastinya dipikul sebahagian besarnya oleh sekolah. Sekolah dilihat sebagai institusi yang amat penting Di sekolah generasi. muda yang bakal meneraju negara dididik dan dibentuk Di sekolah. jugalah berlakunya proses pemupukan diri dan penggembelengan potensi. yang akan mencorakkan negara bangsa, Mohd Najib 2003 menyatakan pendidikan secara keseluruhannya. adalah untuk membentuk kebolehan sikap dan tingkah laku manusia. Proses sosial ini membolehkan seseorang individu memperolehi. keyakinan dan pertumbuhan kendiri melalui keadaan yang terkawal dan. diinstitusikan oleh negara Sistem pendidikan negara yang terancang dan. sistematik dapat membantu dari segi jasmani dan rohani bagi. melengkapkan individu dalam menjalani kehidupan yang sempurna. Mangsa Buli dan Kesan Buli, Namun begitu proses pembangunan bangsa ini tidak sunyi dengan. pelbagai cabaran yang sentiasa menganggu gugat kejayaan perancanaan. ini Pemasalahan sosial seperti penyalahgunaan dadah keruntuhan. akhlak gangsterisma dan kejadian buli adalah antara cabaran yang perlu. dihadapi terutamanya di sekolah Di Malaysia buli telah pun menjadi isu. dan diberikan perhatian serius oleh pihak kerajaan Menteri Pelajaran. Malaysia Datuk Seri Hishamuddin Hussein 2009 menyatakan bahawa. kerajaan tidak akan berkompromi dalam apa jua keadaan sekalipun. berhubung dengan kes buli yang melibatkan pelajar sekolah di negara ini. Malah sejak 2002 lagi beliau telah menubuhkan satu jawatankuasa khas. untuk menangani isu buli di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia. Pada tahun 2004 beliau juga telah meluahkan rasa bimbangnya terhadap. fenomena ini semasa merasmikan Majlis Pelancaran Poster Anti Buli di. Sekolah Kebangsaan Victoria Kuala Lumpur Beliau menyatakan. bahawa beliau memerlukan bantuan dan kerjasama serta kepakaran. semua pihak untuk membantu memerangi gejala buli ini Laman Mikro. Bernama 29 Julai 2009 Pada 2016 Datuk Seri Mahdzir Kahlid. menyatakan Kementerian Pendidikan telah mengambil langkah yang. tegas supaya kes kes buli dan gangsterrisma tidak berulang kini masalah. buli di Malaysia menunjukkan penurunan 0 06 berbanding 0 08. Rigby 1996 mendefinisikan buli sebagai satu tingkah laku dominasi. yang berulang secara psikologi atau fizikal daripada seorang atau. kumpulan yang lebih berkuasa kepada seseorang yang kurang kuasa Buli. tidak boleh didefinisikan sebagai konflik di antara dua orang yang. mempunyai kuasa yang setanding dan seimbang Keseimbangan yang. dimaksudkan ini ialah dari segi kekuatan fizikal kebolehan mendominasi. dari segi percakapan atau dari segi menyisihkan seseorang dari. kumpulan Daripada definisi yang diberikan oleh Rigby 1996 buli. boleh dirumus sebagai satu tingkah laku agresif yang berulang atau. dijangkakan berulang Aziz Yahya Jamaludin Ramli Abdul Latif dan. Zurhana Muhammad 2007 pula menyatakan buli sebagai perbuatan. mengasari orang yang lemah dengan tujuan untuk menunjukkan kekuatan. masing masing Akibatnya secara langsung menjadikan mereka yang. lemah mangsa mematuhi dan menghormati mereka yang kuat Amin Al. Haadi 2013 pula merumuskan buli ialah tingkah laku ganas yang. membawa kesan negatif yang mendalam kepada mangsa yang lemah dan. tidak sama pengaruh atau kuasa berbanding pembuli, Menurut Zulkifli al Bakri 2016 ketika mengulas tentang buli menurut.
Islam beliau berpandangan bahawa buli adalah merupakan perkara yang. bertentangan dengan ajaran Islam yang benar benar menjaga dan. memelihara Karamah Insaniah Kemulian Insan berdasarkan firman. Allah S W T, Maksudnya Dan demi sesungguhnya Kami telah muliakan anak Adam. Surah al Isra 70,Journal al Abqari Vol 11 2017,CIRI CIRI MANGSA BULI. Ron 2003 dalam kajiannya menyatakan mangsa buli seringkali. mempunyai watak keresahan yang tinggi dan lemah dari segi fizikal. Mangsa buli juga dikatakan mempunyai masalah dari segi harga diri. kurang bersosial tidak dapat mempertahankan diri semasa dikasari atau. diganggu resah merasa diri selamat terlalu berhati hati dan rapat. dengan ibu bapa atau kemungkin ibu bapa terlampau mengawal diri. mangsa buli Manakala Aziz Yahya dan rakan rakan 2007 menyatakan. yang sering menjadi mangsa tindakan agresif dari pembuli secara. umumnya mempunyai ciri ciri seperti harga diri yang rendah lemah. mudah tertekan dan sentiasa bimbang Pengkaji pengkaji dalam dan luar. negara turut juga mengenalpasti ciri ciri mangsa buli seperti berikut. 1 Kelainan Diri, Seseorang individu yang mempunyai kelainan atau perbezaan antara satu. sama yang lain Kelainan ini menjadi penyebab mereka dibuli Noran. Fauziah Rajendran dan Ahmad Jazimin 2005 dalam kajian mereka. telah membuat kesimpulan bahawa pelajar yang menjadi mangsa buli. ialah pelajar yang tidak disukai dan mereka juga agak berlainan daripada. pelajar majoriti Pelajar yang dibuli juga dikatakan selalunya pelajar baru. di sesebuah sekolah dan ada juga pelajar yang disayangi oleh guru. Amin Al Haadi 2013 dalam kajiannya mendapati mangsa buli. merasakan dirinya dibuli disebabkan penampilan diri mereka yang tidak. menarik perhubungan dengan pelajar lain yang tidak baik dan latar. belakang keluarga yang miskin atau mempunyai nama yang ganjil. 2 Diri Fizikal, Ciri ciri fizikal yang ada pada mangsa buli seperti fizikal yang lemah. sentiasa kelihatan bimbang atau cemas kelihatan tidak dapat membuat. hubungan dengan rakan sebaya dan kemahiran bersosial yang rendah. merupakan antara penyebab sasaran untuk dibuli oleh pelajar pelajar. yang lain Olweus 1995 dalam kertas kerjanya yang bertajuk Bullying. or Peer Abuse at School Facts and Intervention menyatakan bahawa. mangsa buli selalunya lebih resah dan merasa tidak selamat dan dalam. masa yang sama menghadapi masalah harga diri yang rendah Selalunya. mereka bersikap pasif dan mempunyai tahap fizikal yang lemah. berbanding dengan pembuli Gambaran ini sama seperti dapatan kajian. oleh Mahadi Khalid 2007 yang berjudul Tingkah Laku Buli Dalam. Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di Sarawak. yang menyatakan ciri ciri mangsa buli ialah mereka yang mempunyai. kekuatan fizikal yang lemah bertubuh kecil mungkin mempunyai. kecacatan memiliki wajah yang hodoh tahap umur yang lebih muda. pendiam disayangi guru pasif dan mempunyai harga kendiri yang. rendah Oleh kerana ciri ciri tersebut maka mangsa buli mudah terdedah. kepada keganasan para pembuli Batsche Knoff 1994 dan Olweus. 1993 juga telah menyatakan mangsa buli secara fizikal mereka. mungkin agak lemah dan kesan dibuli ini selalunya memberi impak. jangka masa yang panjang kepada mereka Amin Al Haadi 2013 dalam. kajiannya juga mendapati mangsa buli sering diejek oleh pembuli dengan. Mangsa Buli dan Kesan Buli, mensasarkan wajah fizikal mereka seperti mukanya macam betik.
pendek sombong atau gagap Keadaan fizikal yang ada pada diri. mangsa buli telah menjadi sasaran oleh pembuli untuk membuli Azizi. Yahya Jamaludin Ramli Abdul Latif Ahmad dan Zurhana Muhamad. 2007 turut mendapati mangsa buli yang kelihatan berbeza fizikal dan. mempunyai berapa kelainan daripada pelajar lain lantas mereka mudah. menjadi sasaran pembuli,3 Provokatif, Sesetengah mangsa buli mempunyai sikap provokatif secara semulajadi. tanpa disedari oleh dirinya sendiri Sikap mereka yang provokatif ini. mencetus kontroversi dan kemarahan kepada rakan yang ada di sekeliling. mereka sehinggakan rakan yang di sekeliling memberi reaksi yang. negatif terhadap mangsa buli ini Aziz 2007 Olweus 1993 Amin Al. Haadi 2013 dalam kajiannya juga menyatakan bahawa ada mangsa buli. yang mengakui tingkah laku dirinya sendiri yang menyakiti hati rakan. yang lain menyebabkan dirinya dibuli bukan kerana diri fizikalnya. Perkara ini ditemui juga oleh Sullivan Sullivan dan Cleary 2004 yang. menyatakan mangsa yang provokatif pula merupakan mangsa yang mana. tingkah laku semulajadinya mempelawa pembuli pembuli. membulinya Tingkah laku mangsa buli dikatakan tidak menentu dan. tidak bertempat Ini juga mengundang pembuli untuk membuli kerana. mangsa tidak tahu bertingkah laku dengan betul pada sesuatu situasi. Kadangkala mangsa buli membuat tingkah laku yang tidak menentu ini. untuk menarik perhatian mereka yang di sekelilingnya Tingkah laku. mangsa yang sedemikian bukan sahaja mengundang kemarahan kawan. kawan yang lain malah boleh juga menyebabkan pihak guru memarahi. mangsa buli Mangsa buli yang provokatif boleh dibantu dengan. menjalani sesi kaunseling dan mengajar mangsa buli bagaimana untuk. menunjukkan tingkah laku yang tegas dan bersesuaian Dalam masa yang. sama rakan sebaya dapat membantu mereka mengubah tingkah laku. provokatif ini dengan tingkah laku yang lebih boleh diterima ramai. 4 Personaliti, Personaliti mangsa buli yang kelihatan lemah tidak bermaya kurang. popular dalam kalangan pelajar pelajar lain dan memiliki keyakinan diri. yang rendah membawa kearah mereka dibuli Ciri ciri personaliti ini. memberi isyarat kepada pembuli bahawa mereka selamat membuli. mangsa buli ini dan mangsa buli ini juga tidak mampu untuk bertindak. balas jika dibuli Olweus 1995 menyatakan bahawa tingkah laku dan. sikap mangsa buli yang pasif seolah olah merupakan tanda yang mereka. merasa tidak selamat dan merasa diri sebagai individu yang tidak. berguna dan tidak boleh melawan balik jika diserang atau dihina. Sullivan Sullivan dan Cleary 2004 menyatakan mangsa buli juga. mempunyai masalah dalam menyesuaikan diri dengan rakan rakan yang. lain Mangsa yang pasif merupakan mangsa yang mudah dibuli dan tiada. pertahanan diri Mangsa buli seperti ini akan cuba berbaik baik dengan. mereka yang membuli demi mengelakkan daripada dibuli lagi Mangsa. yang pasif ini boleh dikatakan mangsa yang begitu lemah Manakala. Noran Fauziah dan Goh 2007 menyatakan bahawa mangsa buli. Journal al Abqari Vol 11 2017, selalunya sangsi terhadap diri sendiri dan mempunyai harga kendiri yang. rendah Kebanyakan mereka menyalahkan diri sendiri dan mereka. percaya bahawa kelemahan dan ketidak cekapan pada diri mereka. menyumbang kepada sebab sebab mereka dipilih oleh pembuli pembuli. untuk dibuli Mangsa berasa sedemikian kerana mereka selalunya. menyalahkan diri mereka sendiri membiarkan diri mudah dibuli oleh. orang lain Noran Fauziah Goh 2007 juga menjelaskan terdapat. perkaitan di antara kes kes membunuh diri dengan gejala buli di mana. mangsa mangsa buli membuat keputusan menghentikan pembulian. terhadap diri mereka dengan membunuh diri Terdapat juga mangsa buli. yang menghadapi masalah ponteng sekolah Mereka memilih untuk. ponteng bali mengelakkan diri mereka dibuli disebabkan ketakutan yang. teramat sangat Pelajar baru juga terdedah menjadi mangsa buli Ini. adalah kerana mereka belum dapat menyesuaikan diri dengan. persekitaran sekolah yang baru dan dalam masa yang sama mereka. belum mendapat kawan yang boleh membantu mereka dalam berkongsi. masalah dan mendapat perlindungan dari apa apa gangguan. Batsche Knoff 1994 dan Olweus 1993 juga telah melihat. selalunya mangsa buli merupakan seorang yang sentiasa merasa cemas. tidak selamat terlalu berhati hati mempunyai harga diri yang rendah. dan tidak berupaya membela diri sendiri apabila dikasari Sesetengah. mangsa buli tidak mempunyai rakan baik untuk berkongsi masalah dan. meminta perlindungan Mereka terdedah kepada tingkah laku buli. daripada pelajar lain Mangsa mangsa buli ini suka bersendirian dan. mereka juga sering disisihkan oleh pelajar pelajar lain. KESAN BULI PADA MANGSA BULI, Secara umumnya kejadian buli memberi kesan yang mendalam kepada. mangsanya Mangsa buli akan menghadapi kesan jangka pendek dan. jangka panjang Kesan perbuatan buli bukan sahaja memberi kesan. kepada fizikal atau emosi malah memberi kesan juga kepada sistem. pembelajaran dan pengajaran di sekolah,KESAN BULI JANGKA MASA PENDEK.
Kesan jangka pendek yang dialami mangsa buli dapat dilihat dari segi. kesan psikologikal fizikal sosial dan pembelajaran. Kesan Psikologikal, Beale 2001 Roberts dan Coursel 1996 menyatakan mangsa yang. sedang dibuli mengalami satu atau lebih daripada perkara berikut iaitu. ketidak hadiran ke sekolah yang kronik penurunan prestasi akademik. peningkatan perasaan untuk menentang kesunyian serta rasa. disingkirkan dan timbul rasa ingin membunuh diri Perkara ini juga. disokong oleh pandangan Lereya Winsper Heron 2013 di mana. mangsa buli juga menunjukkan peningkatan mencederakan diri sendiri. self harm dan kecenderungan untuk membunuh diri Amin Al Haadi. 2013 dalam kajiannya di sekolah di Malaysia menjelaskan bahawa. Mangsa Buli dan Kesan Buli, mangsa buli merasa rendah diri malu sedih disebabkan diejekan. sehingga mereka merasa tidak yakin diri mudah rasa tersinggung. sensitif murung takut atau tidak suka ke sekolah, Oleh kerana buli selalunya berlaku di sekolah atau dalam perjalanan ke. sekolah mangsa enggan atau takut untuk ke sekolah sehingga terbentuk. simptom psiko somatik seperti pening kepala atau sakit perut di waktu. pagi Kajian yang berbentuk saintifik menggunakan makmal juga. dilaksanakan oleh Peterson 2007 di sekolah perubatan Chicago yang. mana hasil kajian beliau menunjukkan buli walaupun dalam bentuk lisan. seperti ejekan atau memberi gelaran yang tidak baik boleh membawa. kesan yang sama seperti deraan fizikal atau seksual Teicher Samson. Polcari McGreenery 2010 seorang pakar neuro saintis di McLean. Hospital Belmont USA dalam kajiannya terhadap 1 000 pesakit muda. mendapati keganasan lisan seperti ejekan cemuhan kritikan tengkingan. dan dimaki hamun mendatangkan kesan mudarat kepada fungsi. psikologikal mangsa Beliau juga mendapati mereka yang dibuli. menunjukkan simptom kemurungan kecemasan dan lain lain kecelaruan. psikotik psychiatrics disorders berbanding dengan mereka yang tidak. mengalami keadaan tersebut Brocken Brought et al 2002 dan Kal. Tiala Heino et al 2000 dalam kajian mereka mendapati kolerasi yang. signifikan dan positif antara kejadian buli terhadap mangsa buli dengan. tahap keresahan dan tekanan mangsa buli Mangsa buli selalu melihat diri. mereka sebagai tersisih dan gagal,Kesan Fizikal, Terdapat juga kesan fizikal dilihat dalam jangka masa pendek kepada. mangsa buli Kesan ini menyebabkan pelbagai kesukaran dihadapi oleh. mangsa buli Teicher et al 2010 telah mengkaji kesan fizikal buli. kepada mangsa Dalam kajiannya beliau telah membuat scan bahagian. kepala terhadap 63 subjek kajian Mereka yang mengatakan pernah dibuli. oleh rakan menunjukkan keadaan tidak normal di dalam otak yang. dinamakan Corpus Callosum iaitu bahagian yang menghubungkan. antara otak kiri dan otak kanan Bahagian ini adalah penting dalam. memproses penglihatan ingatan dan lain lain, Kajian juga mendapati mangsa buli juga berhadapan dengan masalah.
kesihatan dan fizikal seperti hadapai masalah somatik contohnya. selsema dan juga masalah psychosomatik seperti pening kepala sakit. kepala sakit perut masalah tidur dan berkemungkinan terlibat dengan. dengan tabiat merokok Gini Pozzoli 2009 Wolke D Lereya 2014. Mangsa mangsa buli juga menujukkan simptom simptom ke arah. permasalahan keresahan dan juga kemurungan Permasalah ini juga telah. dibuktikan dengan kajian yang telah dilakukan oleh Arseneault Milne. Taylor 2008 bahawa buli adalah antara faktor yang yang menyebabkan. seseorang mangsa buli itu berhadapan dengan permasalahan dalaman. secara sedar atau tidak,Journal al Abqari Vol 11 2017. Kesan Pembelajaran Dan Persekolahan, Di Malaysia Fauziah dan Goh 2005 yang mengkaji kesan buli di. sekolah sekolah juga mendapati bahawa mangsa mangsa yang telah. dibuli sering berasa takut dan bimbang setiap kali berada di sekolah Ini. menyukarkan mereka untuk melibatkan diri secara aktif di dalam proses. pembelajaran Disebabkan takut yang amat sangat mangsa buli akan. ponteng sekolah untuk mengelakkan diri daripada dibuli Rigby 1999. menjelaskan bahawa terdapat beberapa kesan akibat kejadian buli kepada. pelajar dan sekolah antaranya ialah hubungan pelajar dengan pelajar dan. pihak sekolah akan terjejas dan tahap ketidak hadiran pelajar yang dibuli. akan meningkat Pelajar yang dibuli juga tidak dapat memfokuskan diri. terhadap pelajaran di sekolah Amin Al Haadi 2013 didalam kajiannya. mendapati bahawa masalah buli menyebabkan suasana pembelajaran. yang kurang sihat dan tidak memberangsangkan kepada mereka yang. terlibat sama ada pembuli mangsa buli atau penonton kejadian buli. Wolpert 2010 di dalam artikelnya yang membincangkan tentang. perkaitan dan perhubungan antara pencapaian akademik dengan mangsa. buli Kajian ini dijalankan oleh pengkaji pengkaji dari University of. California Los Angeles iaitu Graham dan Juvonen 2001 Kajian ini. dijalankan di 11 buah sekolah sekitar Los Angeles dan melibatkan 2 300. orang pelajar sekolah menegah Semua pelajar yang terlibat diminta. untuk menyatakan kekerapan dan tahap diri mereka dibuli berserta jenis. jenis buli yang mereka alami atau pernah lalui Daripada kajian lapangan. yang dilakukan jelas menunjukkan mereka yang kerap dibuli tidak. mencapai kecemerlangan dalam pendidikan jika dibanding dengan. pelajar pelajar yang sebaya dengan mereka Satu tinjauan dan juga. temubual dibuat juga kepada guru guru sekolah yang mempunyai pelajar. yang dibuli Hasil dapatan temubual ini menujukkan para guru. memaklumkan bahawa mereka yang menjadi mangsa buli tidak. menunjukkan pencapaian akademik yang baik dan dalam masa yang. sama tidak mahu terlibat dengan pembincangan dan latihan didalam. KESAN BULI JANGKA MASA PANJANG, Oleh kerana buli adalah kejadian yang melibatkan fizikal emosi dan. pembelajaran kesannya juga dapat dilihat dalam jangka panjang Antara. kesan atau masalah jangka masa panjang buli kepada mangsa boleh. dilihat dari segi psikologi fizikal pembelajaran kesan kerjaya dan. kemasyarakatan,Kesan Psikologikal, Amin Al Haadi 2013 menyatakan kesan jangka panjang kejadian buli. ini kepada mangsa adalah meliputi pembelajaran sosial dan emosi. Mangsa sering merasakan bahawa diri mereka merupakan punca kepada. situasi buli yang dihadapi oleh dirinyai Anggapan ini memberi impak. kepada harga diri mereka dan seterusnya menyebabkan mereka. mengalami tekanan dalam hidup,Mangsa Buli dan Kesan Buli.
Grennan dan Woodman 2007 telah mengkaji penglibatan dalam. perlakuan buli keresahan dan coping strategi dalam kalangan 99 orang. pesalah muda di dalam institusi pemulihan Alat kajian The Direct and. Indirect Prisoner Behavior Checklist DIPC Ireland 1998 telah. digunakan 21 item dari Depression Anxiety Stress Scale DASS. Lovibond dan Lovibond 1995 dan 48 item Coping Style Questionnaire. CSQ Roger et al 1993 juga digunakan Kajian mendapati 60 pesalah. terlibat dengan buli sama ada membuli atau menjadi mangsa buli Emosi. dan strategi cuba mengelak didapati berhubung kuat secara signifikan. dengan keresahan psikologi Pembuli dan mangsa buli secara. signifikannya lebih tinggi tahap kemurungan berbanding dengan mereka. yang tidak terlibat dengan buli Kajian ini juga mendapati menjadi. pembuli dan mangsa buli adalah satu faktor kukuh kepada. kecenderungan terjadinya keputusan tekanan diri yang tinggi Kajian. mereka juga mendapati hubungan yang signifikan antara ukuran. keresahan psikologi dan bilangan perlakuan buli yang dialami oleh. banduan Kajian ini juga menunjukkan kekerapan menjadi mangsa. membawa kesan negatif kepada kesihatan mental para banduan Dengan. itu kajian ini mencadangkan diadakan program intervensi yang mengajar. banduan strategi mengurus coping strategy yang sesuai dengan situasi. penjara Sekiranya mereka tidak dapat menguruskan punca tekanan. mental ini secara berkesan pastilah kesejahteraan mental mereka tidak. akan bertambah baik Buli bukan sahaja memberi kesan yang mendalam. kepada mangsa malah kesan juga dapat dirasai oleh mereka yang. menyaksikan tingkah laku buli ini, Noran Fauziah Yaakub 2004 terlebih dahulu menyatakan mangsa buli. akan menjadi seorang dewasa yang terlalu emosi sehingga menjejaskan. hubungan dengan orang lain dan keluarga Rivers Noret Potent dan. Ashurst 2009 mengkaji kesan buli terhadap kesihatan mental pelajar. yang menyaksikan kejadian buli di sekolah Kajian telah menggunakan. 2 002 pelajar sebagai sampel kajian yang menuntut di 14 buah sekolah di. United Kingdom Kajian berbentuk survey ini menggunakan kaji. selidik yang diubah suai dari Inventori Anti Buli Olweus 1994 Kajian. bertujuan mengukur kejadian buli di sekolah penggunaan bahan dadah. dan risiko kesejahteraan mental Dapatan kajian mereka menunjukkan. kejadian buli di sekolah dijangka akan mendatangkan risiko kepada. kesejahteraan mental Kesan ini dijangka akan bertambah buruk bagi. mereka yang terlibat secara langsung dengan tingkah laku buli sama ada. sebagai pembuli atau mangsa buli Menyaksikan orang lain dibuli juga. didapati mendatangkan risiko yang tinggi kepada kesihatan mental. pelajar tersebut atau mangsa buli itu sendiri, Ortega Mora Meerchan Calmasters dan Vega 2009 telah menjalankan. kajian di Sepanyol di mana mereka mengkaji kesan buli dalam kalangan. mangsa buli dengan memberikan fokus kepada emosi mangsa Buli. dilihat dari beberapa aspek iaitu buli secara langsung secara tidak. langsung dan yang terbaru buli yang menggunakan teknologi seperti. telefon dan internet Sampel kajian terdiri daripada 1 671 orang remaja. yang menjawab persoalan 1 Adakah mereka mangsa kepada buli dan 2. Journal al Abqari Vol 11 2017, Apakah kesannya Keputusan kajian menunjukkan walaupun buli secara. tradisional melibatkan lebih ramai remaja namun adalah didapati. seorang dari setiap sepuluh orang remaja terlibat dengan buli siber. Kajian ini juga menunjukkan sebilangan besar responden berasa marah. melalui buli secara langsung dan beberapa bentuk emosi negatif yang. lain seperti sedih tertekan tidak berdaya berasa sendirian dan malu. Kesan Fizikal, Kesan jangka panjang secara fizikal terutamanya tahap kesihatan mangsa. buli menunjukkan kesan yang ketara Mangsa dilaporkan dan dilihat. mengalami masalah kesihatan seperti mengalami kesakitan badan. menghadapi masalah pening kepala dan sakit kepala dan juga masalah. lambat pulih dari kesakitan Sigurdson Wallander Sund 2014 Wolke. Copeland Angold 2013, Mangsa buli juga menunjukkan beberapa simptom masalah lain yang.
menyumbang kepada masalah fizikal jangka masa panjang seperti. masalah kemurungan anxiety disorder dan mengalami kemurungan. apabila mereka mencapai umur awal dewasa dan pertegahan dewasa. Takizawa Maughan Arseneault 2014 Tapinski Bowes Shakoor. 2010 Haynie Nansel Eitel 2001 Kesan kesan ini bukan sahaja. memberi kesan kepada biologi atau tubuh badan seseorang tetapi kepada. fizikal bagaimana seseorang berfungsi dalam masyarakat. Kesan Pembelajaran, Kesan buli terhadap prestasi pembelajaran dan serta kemahiran sosial di. sekolah telah banyak dikaji Antara masalah yang telah ditemui oleh. pengkaji pengkaji ialah yang mangsa buli ialah tidak suka menghadiri. sekolah mempunyai masalah perhubungan dengan rakan rakan dan. pihak sekolah serta mengalami masalah yang melibatkan kesihatan. jangka masa panjang Kshirsagar Agarwal dan Bavdekar 2007. mendapati kesan buli pada jangka masa yang panjang membawa kepada. kepada ketidak hadiran ke sekolah yang teruk Weinhold dan Weinhold. 1998 menyatakan bahawa buli menggalakkan pelajar untuk tidak. menghadirkan diri ke sekolah dan 10 pelajar yang tidak menamatkan. persekolahan disebabkan dibuli di sekolah Fried dan Fried 2003 dalam. National Association of School Psychologist menyatakan bahawa. seramai 160 000 pelajar sehari di Amerika Syarikat tidak pergi ke. sekolah disebabkan diri mereka dibuli Perkara ini juga disokong oleh. Rigby 1999 dalam kajiannya yang menyatakan bahawa mangsa buli. berhadapan dengan masalah perhubungan yang negatif dengan pelajar. lain dan pihak sekolah Mereka juga menghadapi masalah konsentrasi. dalam pelajaran serta dalam menguasai kemahiran yang diajar di. sekolah Mangsa juga menghadapi kesan kesan yang lain seperti tidak. pergi ke sekolah berpanjangan atau mengelakkan diri dari menghadiri. aktiviti sekolah, Kesan buli kepada mangsa buli pada jangka masa yang panjang dapat. dilihat apabila mereka mereka capai usia dewasa selalunya mereka. mempunyai tahap pendidikan yang rendah tidak pandai menguruskan. Mangsa Buli dan Kesan Buli, kewangan dan mendapat pendapatan yang kurang berbanding rakan. rakan sebaya mereka apabila mereka mencapai pada umur mereka 50. tahun Wolke Copeland Angold 2013 Tizawa Maughan Arseneault. Kesan Kerjaya Dan Kemasyarakatan, Olweus 2001 juga menjelaskan melalui hasil kajiannya menunjukkan. bahawa antara kesan dibuli kepada mangsa buli ialah mereka mengalami. kesukaran dalam mengikuti pembelajaran Pelajar cenderung untuk. berasa tidak selamat yang mana menyebabkan mereka tidak suka pergi. ke sekolah dan mangsa buli turut merasakan pihak sekolah dan guru tidak. dapat mengawal dan tidak mengambil berat tentang nasib mereka Ini. telah menambahkan bilangan mereka yang tidak hadir ke sekolah atau. ponteng Keadaan ini mungkin membawa kepada masalah sosial lain. yang berkaitan seperti jenayah berkaitan dengan dadah keganasan atau. permasalahan seksual Namun begitu tiada perhubungan yang signifikan. diantara menjadi mangsa buli dengan penyalahgunaan dadah dan tingkah. laku anti sosial Olweus 2001 Binder Losel 2011 Brown Taylor. Mangsa buli juga menghadapi masalah sosial seperti masalah seperti. mengekalkan hubungan persahabatan dan bilangan rakan rakan yang diri. mereka ada Mangsa buli juga selalunya tiada pasangan hidup kekasih. atau suami isteri dan disebabkan itu mereka mempunyai sokongan sosial. yang rendah Binder Losel 2011 Menurut Dombeck 2007 mangsa. buli juga mungkin akan menghadapi masalah pemilihan dan peluang. kerjaya Ini mungkin disebabkan kesan jangaka masa panjang mangsa. tersebut yang sukar untuk mempercayai orang dan masalah dari segi. keyakinan diri yang sudah rendah Personaliti mangsa buli tidak pandai. dalam bersosial kurang dapat menjalin hubungan mengelak menyahut. cabaran baru dalam persekitaran baru masalah harga kendiri. menyumbang kepada masalah dalam pemilihan pekerjaan dan juga. penyesuaian diri dalam dunia pekerjaan Kesukaran untuk menyesuaikan. diri ini juga boleh menyebabkan seseorang yang pernah menjadi mangsa. buli mungkin juga boleh dibuli dan menjadi mangsa lagi pada masa. KESAN BULI MENURUT ISLAM, Jikalau kita meneliti kesan buli menurut pandangan falsafah barat kita.
hanya akan terhenti melihat dari sudut positif kepada seorang Muslim. yang mana kesan tersebut tidak terhenti sehingga semua amalan dinilai. oleh Allah S W T sebagaimana firmanNya, Maksudnya Dan diletakkan kitab buku amalan maka kau dapat. melihat golongan yang melakukan dosa dosa berasa takut terhadap apa. yang terdapat di dalamnya Dan mereka berkata Alangkah celakanya. Journal al Abqari Vol 11 2017, kami ini kitab apakah ini yang tidak terlepas dosa kecil dan dosa besar. melainkan kesemuanya tercatat mereka mendapati apa yang telah. mereka kerjakan sebelum ini dan Tuhan kamu tidak pernah menzalimi. seseorang pun,Surah al Kahf 49, Sekiranya kita merujuk ayat di atas maka dapat kita fahami bahawa. kesemua perbuatan manusia samada baik atau jahat akan dikira oleh. Allah S W T di Akhirat bertujuan memberi keadilan kepada semua. manusia Sabda Rasulullah s a w, Maksudnya Sesungguhnya orang muflis dari kalangan umatku adalah. sesiapa yang datang pada hari kiamat dengan solat puasa dan zakat. Dia juga datang dalam keadaan pernah mencela orang ini menuduh. orang ini memakan harta orang ini menumpahkan darah orang ini. memukul orang ini Maka diberikan kepada orang orang tersebut. kebaikan kebaikan dirinya Sekiranya kebaikannya sudah habis dalam. keadaan perhitungan ke atasnya belum lagi habis maka diambil. kejahatan kejahatan mereka itu tadi lalu dicampakkan kepadanya dan. kemudiannya dia dicampak ke dalam neraka,Riwayat Muslim 2013.
Berdasarkan hadis di atas difahami bahawa setiap kesalahan yang. melibatkan antara manusia semuanya akan dikira dan setiap kebaikan si. pelaku akan diberikan kepada mangsa sehingga habis segala kebaikan. yang ada pada si pelaku maka sekiranya masih ada lagi kesalahan beliau. pada si mangsa maka beliau akan mengambil dosa dosa si mangsa. sebagai balasan perbuatan si pelaku kepada si mangsa. Kata al Imam al Nawawi rahimahullah ketika mensyarahkan hadis ini. Sangat benarlah Nabi S A W Kerana sesungguhnya inilah sebenar benar. muflis Adapun seorang yang muflis di dunia maka sesungguhnya dunia. itu datang dan pergi Boleh jadi seseorang itu asalnya fakir lalu dia. berubah menjadi kaya ataupun sebaliknya Akan tetapi sebenar benar. muflis itu adalah ketika seorang itu muflis atas segala kebaikan yang dia. telah berpenat lelah dalam mengerjakannya Di hadapannya hari kiamat. yang amalan kebaikannya akan menjadi saksi Kemudian kebaikan. tersebut diambil oleh si fulan dan si fulan Pada hadis ini menunjukkan. ancaman terhadap perbuatan melakukan kejahatan ke atas makhluk. Riyadh al Solihin Al Nawawi 1 251,Mangsa Buli dan Kesan Buli. KESIMPULAN, Buli adalah satu fenomena yang berlaku di seluruh dunia dan lumrahnya. di sekolah Buli merupakan gejala yang perlu ditangani kerana ia. merugikan negara yang sentiasa bergantung harap kepada kualiti sumber. manusia untuk maju Fenomena buli dalam pandangan Islam adalah. merupakan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam yang benar. benar menjaga dan memelihara Karamah Insaniah Kemulian Insan. Mangsa mangsa buli mempunyai ciri ciri khusus yang kadangkala. mudah dikenalpasti dan juga merupakan mudah mereka dibuli Tingkah. laku buli telah dilihat memberikan kesan negatif kepada fizikal psikologi. dan emosi serta proses pembelajaran mangsa buli dijangka pendek dan. panjang Di dalam Islam kesemua perbuatan manusia samada baik atau. jahat akan dikira oleh Allah S W T di Akhirat bertujuan memberi. keadilan kepada semua manusia Oleh itu memahami dan mengenali. mangsa buli dan pembuli di sekolah adalah satu keperluan dalam. menangani dan mengawal gejala buli di sekolah Mengurangkan. kejadian buli adalah juga usaha menjamin kesejahteraan mental dan. kehidupan mangsa semasa berada di sekolah dan juga masa hadapan. mereka Dengan memahami kesan jangka masa panjang dan pendek. gejala buli sangat penting bagi para kaunselor untuk membantu memberi. intervensi yang sesuai kepada mangsa buli dalam membantu proses. kepulihan dari kejadian buli ini Kaunselor harus berusaha mencari. kaedah yang terbaik dan berkesan dalam menangani fenomena ini. Penghargaan, Ucapan terima kasih kepada semua penulis dan pengkaji yang telah. terlibat dalam kajian dan juga penulisan Sekalung penghargaan juga. kepada pihak journal Al Abqari dalam menerbitkan artikel ini untuk. dikongsikan kepada dunia akademik dan juga masyarakat awam secara. Amin Al Haadi 2013 Intervensi Kaunseling Kelompok Terapi Tingkah. laku Kognitif dalam Membantu Mangsa Buli di Sekolah Tesis. tidak diterbitkan, Arseneault L Bowes L Shakoor S 2010 Bullying Victimization. in Youths and Mental Health Problems Much Ado about. Nothing Psychol Med 40 717 29, Arseneault L Milne B J Taylor A Adams F Delgado K Caspi.
A Moffitt T E 2008 Being Bullied as an, Environmentally Mediated Contributing Factor to Children s. Internalizing Problems A Study of Twins Discordant for. Victimization Archives of Pediatrics Adolescent Medicine. 162 145 150, Aziz Yahya Jamaludin Ramli Abdul Latif Ahmad Zurhana. Muhamad 2007 Buli Skudai Johor Penerbitan Universiti. Teknologi Malaysia,Bajet Negara 2016 Ucapan Bajet 2016 Retrived from. http www treasury gov my pdf bajet ucapan ub16 pdf. Journal al Abqari Vol 11 2017,Batsche G Knoff H 1994 Bullies and Their Victims. Understanding a Pervasive Problem in the Schools School. Psychology Review 23 2 165 174, Brockenbrough K Cornell D Loper A 2002 Aggressive Victims.
of Violence at School Education and Treatment of Children. 25 273 287, Brown S Taylor K 2008 Bullying Education and Labour Market. Outcomes Evidence from the National Child Development. Survey Economics of Education Review 27 387 401, Copeland W E Wolke D Angold A Costello E J 2013 Adult. Psychiatric Outcomes of Bullying and Being Bullied by Peers in. Childhood and Adolescence JAMA Psychiatry 70 419 426. DOI 10 1001 jamapsychiatry 504, Dombeck M 2007 The Long Term Effects of Bullying Retrieved. from http www mentalhelp net poc view doc php type doc. Fried S Fried P 2003 Bullies Targets and Witnesses New York. Gini G Pozzoli T 2009 Association between Bullying and. Psychosomatic Problems A Meta Analysis Pediatrics 123. Grennan S Woodhams J 2007 The Impact of Bullying and Coping. Strategies On the Psychological Distress of Young Offenders. Psychology Crime Law 5 487 504, Haynie D L Nansel T Eitel P Crump A D Saylor K Yu K. Simons Morton B 2001 Bullies Victims and Bully Victims. Distinct Groups of At Risk Youth Journal of Early,Adolescence 21 1 29 49.
Hishammuddin Hussein 2009 Tiada Kompromi Kes Buli Pelajar. Sekolah Bernama Laman Mikro Bernama http www, bernama com bernama v6 bm newsmarket php id 393633 30. Januari 2010,Kaltiala Heino R Rimpela M Marttunen M Rimpela A. Rantanen P 1999 Bullying Depression and Suicidal Ideation. in Finnish Adolescents School Survey British Medical. Journal 319 348 351, Lereya S T Winsper C Heron J et al 2013 Being bullied During. Childhood and The Prospective Pathways to Self Harm in Late. Adolescence I Am a Child Adolescent Psychiatry 52 608. Mahadi Khalid 2007 Tingkah Laku Buli Dalam Kalangan Pelajar. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di Sarawak Paper. Presented at Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut. Perguruan Batu Lintang Kuching Sarawak, Mahyuddin al Nawawi 2016 Riyad al Salihin Bayrut Maktabah al. Mohd Najib Abdul Ghafar 2003 Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik. Pendidikan Skudai Johor Penerbit Universiti Teknologi. Mangsa Buli dan Kesan Buli, Noran Fauziah Rajendran Nagappan Ahamad Jazimin 2005.
Bullying Among Malaysian Elementary School Children. http mahdzan com papers bully bully asp 26 July 2009. Noran Fauziah Goh Chee Leong 2007 Keganasan di Sekolah Mara. Ke Hadapan, http www unicef org malaysia msl reallives 6948 html. Muslim Ibn al Hajjaj 2013 Al Musnad al Sahih al Mukhtasar bi Naql. al Adl An al Adl ila Rasulullah s a w Bayrut Dar Ihya al. Turath al Arabi, Olweus D 2001 Olweus Core Program against Bullying and. Antisocial Behavior A Teacher Handbook Bergen Norway. Olweus D 1995 Bullying or Peer Abuse at School Facts and. Intervension,American Psychological Society, Olweus D 1993 Bullying at School What We Know and What We. Can Do Cambridge Blackwell Publishers Inc, Ortega R Elipe P Mora Meerchan J A Calmeastrs J Vega E. 2009 The Emotional Impact on Victims of Traditional. Bullying and Cyber Bullying A Study of Spanish Adolescents. Retrieve from http files cyberbullying4 webnode pt 200000104. af6d7b09b2 Ortega 20et 20al 202009 pdf, Rigby K 1996 Bullying In Schools and What to Do About It.
Melbourne Australian Council for Educational Research. Rivers I Noret N Potent V P Ashurst N 2009 Observing. Bullying at School The Mental Health Implication of Witness. Status School Psychology Quarterly 24 4 211 223, Ron B 2003 Bullying in Schools ERIC Digest Champaign ERIC. Clearinghouse on Elementary and Early Childhood Education. Retrieve from Http www ericdigests org 1997 bullying htm. Sullivan K Cleary M Sullivan G 2004 Bullying in Secondary. School What It Looks Like and How to Manage IT Thousand. Oaks Corwin Press, Sigurdson J F Wallander J L Sund A M 2014 Is Involvement in. School Bullying Associated with General and Health and. Psychosocial Adjustment in Adulthood Child Abuse Neglect 38. Takizawa R Maughan B Arseneault L 2014 Adult Health. Outcomes of Childhood Bullying Victimization Evidence from. a Five Decade Longitudinal British Birth Cohort The American. Journal of Psychiatry 171 7 pp 777 84, Teicher M H Samson J A Sheu Y S Polcari A McGreenery. C E 2010 Hurtful Words Asociation of Exposure to Peer. Verbal Abuse with Elevated Psychiatric Symptom Scores and. Corpus Callosum Abnormalities Am J Psychiatry 167 1464. Wolpert S 2010 For News Media Victims of Bullying Suffer. Academically as Well UCLA psychologists report UCLA. Newsroom Retrieved from http newsroom ucla edu portal. ucla victims of bullying suffer academically 168220 aspx.

Related Books